Tuesday, September 8, 2009

baca2...:)


NAMAKU
> ...............
> Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya..
>
> Guru : "Kamu ni murid baru kan ?"
>
> Murid : " Ya.. cikgu"
>
> Guru : "Nama kamu siapa?"
>
> Murid : "Man"
>
> Guru : "Nama panjang kamu?"
>
> Murid : " Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
> nnnnnnnnn.. cikgu"
> _______________________________________________________________________
>
> DIET
> ................
> Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet.
> Doktor berkata kepadanya...
>
> "Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan
> segelas air kosong..." 
>
> Lelaki menjawab...
> "Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau
> sesudah makan, Doktor?"
>
> _______________________________________________________________________
>
> PERKAHWINAN KERABAT
> ........................
> Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah....
> Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama Tengku
> Nazira..
> Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan... walaupun masih
> kecil...
>
> Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh cinta pada Tengku
Nazirah...
> Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah..
>
> "Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu
> kecil...
> bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin...?"
>
> Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab..
>
> "Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami.. kami
> hanya berkahwin sesama
> kerabat sahaja..... Atuk berkahwin dengan nenek... Bapak sedara
> berkahwin dengan emak sedara.. dan
> bahkan papa berkahwin dengan mama.... sedangkan awak bukan kerabat saya
> Khairul...."
>
> ____________________________________________________________________
>
> TEKA AYAM
> ..............
>
> Firdaus : "Apa yang engkau bawa tu?"
>
> Ahmad : "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalu tekaanmu tepat..
> kesemua dua ekor ayam yang
> aku baw a ini akan aku kasi pada mu!"
>
> Firdaus : "Emmmm.. tiga kot..?"
>
> _____________________________________________________________________
>
> PANADOL
> ...............
>
> Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi... kemudian
> memasukkan sebutir ubat
> panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...
>
> Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?".
>
> Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia..".
>
> _____________________________________________________________________
>
> KALAU KU PUNYA EMAIL
> .......................
>
> Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft.
> Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu
> menunjukkan caranya membersih
> lantai.. Lalu dia mengatakan
> "Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim
> maklumat yang diperlukan."
>
> Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email.
> Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email .. wanita itu tidak boleh
> diambil sebagai pekerja..
> Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki
> USD 10.
> lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur...
> Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2
> jam saja...
>
> Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan
> menjadikannya sebagai
> pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli
> Lamborghini dan mengembangkan
> perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US...
>
> Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan
> keluarganya...
> Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya.... Setelah
> bersetuju... Penjual insuran
> berkata..
>
> "Minta email Puan..."
>
> "Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu
>
> Penjual Insuran terkejut dan berkata
> "Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai
> komputer dan email.
> Baya ngkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan
> email."
>
> Waita itu menjawab:
> "Jadi tukang Sapu di Microsoft"
>
> ____________________________________________________________________
>
> BUSH DAN POWELL
> ..................
>
> Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki
> masuk dan bertanya
> kepada bartender "Bukankah itu Bush dan Powell?".
>
> Bartender menjawab "Iya, itu memang mereka."
>
> Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa
> "Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?"
>
> Bush menjawab 
> "Kami sedang merancang perang dunia ke-3."
>
> Jawab lelaki
> "Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?"
>
> Bush menjawab
> "Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal"
>
> Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut
> "Penjual Basikal?"
>
> Bush menoleh ke arah Powell dan berkata
> "Lihat, tidak ada yang merisaukan 500 juta orang Islam kan?"
>
> ____________________________________________________________________
>
> BALIK AWAL
> ................
>
> Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah
> tidak seperti biasa
>
> Ibu : "Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul
> 10.00 pagi.."
>
> Adli : "oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat.. lalu
> disuruh pulang..."
>
> Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu
itu?"
>
> Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?"
>
> _____________________________________________________________________
>
> BAYI NENEK
> ................
>
> Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan2nya datang
> berkunjung untuk
> menjenguknya.
>
> Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata
> "Nanti dulu".
>
> Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.
>
> Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".
>
> Akhirnya mereka bertanya :
> "Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"
>
> "Bila dia menangis".
>
> "Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"
>
> "Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..".
>
> _____________________________________________________________________
>
> PENGEMIS
> ...........
>
> Seorang lelaki.. badan gemuk.. muka ceria.. berpakaian koperat..
> berjalan keluar dari sebuah
> pejabat besar...
>
> Di luar pejabatnya.. ada seorang pengemis.. agaknya sebaya dengan lelaki
> tadi..
> badan kurus kering.. muka comot.. pakaian compang camping dan penuh
> debu...
>
> Si pengemis terlihat si lelaki kaya tadi dan berkata..
> "Tuan kasihani lah saya.. sedekahkan wang 10 ringgit.."
>
> Si lelaki berhenti.. dilihatnya pengemis dan bertanya
>
> Lelaki : "kalau saya bagi RM 10.. adakah kamu akan minum arak?"
>
> Pengemis : "Oh tidak tuan.. saya tidak suka minuman keras"
>
> Lelaki : "Habis tu.. adakah kamu mahu buat berjudi?"
>
> Pengemis : "Tentu tidak tuan, saya tidak suka berjudi"
>
> Lelaki : "Mungkin kamu akan bertukar2 perempuan?"
>
> Pengemis : "Tidak, tidak. Seumur hidup saya.. tidak pernah saya main
> perempuan"
>
> Lelaki kaya itu berfikir sementar lalu berkata lagi
>
> Lelaki : "Begini ajalah.. kamu ikut saya balik.. saya kenalkan dengan
> isteri saya..
> setelah itu saya akan kasi RM 10 pada kamu.."
>
> pengemis : "Buat apa tuan?"
>
> Lelaki : "Saya mau isteri saya lihat bagaimana kalau seorang lelaki
> tidak suka minum arak..
> tidak suka berjudi.. dan tidak suka main perempuan.. hasilnya adalah
> seperti kamu ini"
>
> ______________________________________________________________________
>
> KECEMASAN
> ..............
>
> Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC.
> Tiba-tiba seorang menjerit..
> "Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!"
>
> Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap... dari
> tingkat 13 itu.
> Ketika dia menghampiri tingkat 9, bar u dia teringat bahawa dia tidak
> tidak ada isteri..
> setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum
> berkahwin..
> Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya
> bukanlah Omar..
>
> ______________________________________________________________________

> SAKSI YANG PASTI
> ....................
>
> Di sebuah mahkamah... peguambela sedang mempertahankan anak guamnya yang
> dituduh membuhun dengan
> menanyakan soalan yang bertubi-tubi pada saksi yang juga seorang
doktor...
>
> "Saudara saksi, apakah sebelum memutuskan bahwa mangsa telah meninggal
> dunia, Saudara telah
> memeriksa denyut nadinya?"
> "Tidak," jawab si doktor.
>
> "Apakah Saudara memeriksa dengan cara lain, seperti denyut pada bagian
> lehernya, atau nafas
> pada hidungnya?"
>
> "Saya tidak melakukannya!"
>
> "Atau mungkin Anda telah melakukan sesuatu ujian tertentu.. untuk
> memastikan
> mangsa telah betul-betul meninggal dunia?"
>
> "Sama sekali tidak!"
>
> "Jadi, apa yang Anda lakukan terhadap mangsa sebelum Anda memutuskan
> bahwa ianya sudah meninggal dunia?"
>
> "Saya hanya melihatnya saja!" Jawab doktor selamber..
>
> "Hanya melihat saja?" Peguambela itu mula tersenyum tanda kemenangan...
> "Jadi, Anda tidak melakukan apapun terhadap mangsa?.. tetapi hanya
> melihatnya saja, dan Anda
> berani mengatakan bahwa mangsa sudah meninggal dunia? Apakah tidak
> mungkin sebenarnya magsa
> masih hidup, tetapi kerana kelalaian Anda, maka dia meninggal dunia?
>
> "sesiapapun yang melihat mangsa dalam keadaan kepala tercabut dari
> badannya dan hatinya
> telah dikeluarkan.... pasti mengetahui keadaan mangsa ketika itu" Jawab
> si doktor.
>
> ______________________________________________________________________
>
> IKLAN KERJA
> ................
>
> Di sebuah surat kabar terdapat iklan kerja kosong yang tertulis seperti
> berikut :
>
> Peluang Pekerjaan..
> - Anda lulusan Universiti / Kolej?
> - Anda punya Kemahiran?
> - Pernah mengikuti kursus komputer?
> - Mahir berbahasa Ingeris?
> - Tapi Masih menggangur?
> CARI LA KERJA! KESIAN...


No comments:

Post a Comment