Tuesday, September 8, 2009

TAHUKAH ANDA!!!??

*Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang akan meninggal dunia dan 240 bayi dilahirkan. Mengapa? ini kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

*Pakar astronomi kini berpendapat bahawa bintang-bintang adalah juga ‘matahari’, ia mempunyai sistem planet dan orbitnya yang tersendiri. Malah saintis juga percaya sesetengah planet itu mungkin terdapat hidupan di atasnya. Untuk pengetahuan anda, pendapat yang sama telah diutarakan lelaki yang tinggal di Cusa, Jerman, bernama Nicholas. Tapi tiada seorang pun percaya.

*Jika kita ketawa selama 10 hingga 15 minit, kita boleh membakar 50 kalori sehari. Jadi, kalau kita ketawa setiap hari selama 10 hingga 15 minit, kita boleh membakar hingga dua kilogram kalori setahun.

*Burung ‘humming‘ adalah satu-satunya burung yang boleh terbang mengundur.

*Jika seseorang lelaki menghentak kaki setiap hari, dia boleh mengurangkan 1/10 kalori di dalam badannya.

*Seekor lintah bulan mempunyai empat lubang hidung.

No comments:

Post a Comment